:: moga ada terindah... ::


Blog For Free!


Archives
Home
2004 December
2004 October
2004 September
2004 August
2004 June
2004 May
2004 April
2004 March
2004 February

My Links
mieji's website
mieji's pic
utm
fke
utmonline
reunion dinawari
tblog ajis
tblog amir
nordin pembuli
portal warga fke
persatuan mahasiswa islam UTM
database subjek fke
egroup -xmrsmkt9899
majlis perwakilan mahasiswa utm (MPMUTM)
informasi
akhi masrawi

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


<div align="center">Untitled Document</div>
Powered by TagBoard Message Board
Nama :

URL @ Email :

Mesej : (smilies)

 

Bookmark this site!
:: berita PANAS..
12.26.04 (12:39 pm)   [edit]

sumber: www.utusan.com.my


11,000 terkorban -- 43 rakyat Malaysia turut terbunuh akibat ombak besar `tsunami'





JALAN raya di pantai Patong, Phuket, Thailand dipenuhi sampah sarap, bot dan jet ski yang dipukul ombak besar kesan daripada gempa bumi di Acheh, Indonesia yang turut merosakkan kenderaan, bangunan dan kedai di pulau peranginan itu semalam. Gambar kanan pula, seorang lelaki mengangkat mayat anggota keluarganya yang terkorban akibat bencana alam itu di Batu Feringghi, Pulau Pinang. - Gambar SAZALI CHE DIN.




KUALA LUMPUR 26 Dis. - Lebih 11,000 orang terkorban termasuk 43 di Malaysia dilanda ombak besar akibat gempa bumi di utara Sumatera hari ini yang paling dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun.Dua negeri paling teruk terjejas ialah Pulau Pinang dan Kedah. Sebanyak 32 daripada 43 mangsa terkorban di negara ini adalah di Pulau Pinang, sembilan di Kedah dan dua lagi di Perak.Malapetaka ombak besar yang dikenali sebagai 'tsunami' yang terbentuk daripada gempa berukuran 8.9 pada skala Richter tersebut turut mengakibatkan beribu-ribu lagi hilang dan dikhuatiri terbunuh di kawasan pantai barat Asia serta kemusnahan teruk di bandar serta pulau peranginan di Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India, Myanmar serta di Sumatera sendiri.Ombak besar setinggi hingga 6 meter menerjah pesisiran pantai negara-negara terlibat juga, yang mendatangkan malapetaka, merupakan yang kelima terbesar sejak tahun 1900.Di Malaysia, keadaan turut menjadi panik kira-kira pukul 9 pagi ini apabila bangunan-bangunan tinggi di beberapa negeri serta di ibu negara turut bergegar, kesan daripada gempa tersebut, menyebabkan orang ramai bergegas menyelamatkan diri sebagai langkah berjaga-jaga.Para pesakit terpaksa dipindahkan keluar bangunan hospital di beberapa negeri sebagai langkah berjaga-jaga.Kebanyakan mangsa di Pulau Pinang sedang berkelah dan memancing di tepi pantai di Batu Ferringhi dan di Balik Pulau, ketika ombak itu melanda kira-kira pukul 1.30 tengah hari.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kini berada di luar negara telah mengarahkan supaya langkah segera diambil untuk mempermudahkan apa juga bantuan yang perlu dikeluarkan untuk membantu mangsa tragedi itu.Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengarahkan penduduk di kawasan pantai yang berisiko di Pulau Pinang dan Kedah segera dipindahkan kerana dikhuatiri `tsunami' berulang lagi.Enam orang termasuk budak perempuan berusia 15 tahun masih hilang di Kedah manakala empat mangsa dilaporkan masih hilang dan 141 cedera di Pulau Pinang.


Di Kedah, lapan terbunuh di daerah Kuala Muda dan satu lagi mangsa di Langkawi. Antara yang terbunuh di Kuala Muda ialah bayi lelaki berusia tujuh bulan, selepas ombak besar melanda sembilan kampung dan memusnahkan 1,000 rumah di kawasan itu.Pulau peranginan Langkawi turut terjejas dengan seorang wanita yang lumpuh berusia 80 tahun lemas dihanyut air manakala tiga pelancong Australia cedera.


Di Perak, dua lelaki terkorban manakala seorang lagi hilang apabila sampan dan bot yang mereka naiki karam dipukul ombak besar dalam kejadian berasingan petang ini.


Di Perlis, lebih 70 buah bot nelayan rosak dan kebanyakannya tenggelam dalam kejadian itu terutama di Kuala Sungai Baru.Kawasan lain yang terlibat ialah Kuala Sanglang, Sungai Padang dan Kurong Tengar. Beberapa bangunan di pinggir muara sungai turut roboh.


Sementara itu di Klang, seorang lelaki yang sedang memancing ikan bersama tiga rakannya di Pantai Sungai Burung hilang selepas terpelanting ke laut akibat pukulan ombak besar itu.


Di India dan Sri Lanka iaitu dua negara yang paling teruk, sekurang-kurangnya 6,500 kematian dilaporkan dan memaksa kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan darurat di negara itu.Bencana alam tersebut meragut sekurang-kurangnya 4,500 nyawa apabila kawasan pantai timur dan selatan Sri Lanka dilanda ombak besar dan banjir kilat.


Sementara itu di India, sekurang-kurangnya 2,000 mangsa terkorban selepas kawasan pantai di selatan negara itu turut dilanda ombak besar, kata Menteri Dalam Negeri, Shivraj Patil.``Kira-kira 200 mangsa terbunuh di negeri Andhra Pradesh sementara di Tamil Nadu, sekitar 800 kematian dilaporkan,'' kata Patil.Bencana itu turut melanda negeri Kerala selain kawasan di kepulauan Andaman dan Nicobar, di Teluk Benggala.``Kita telah mengarahkan penghantaran segera pesawat-pesawat yang membawa bantuan kecemasan seperti ubat-ubatan, makanan serta selimut untuk mangsa-mangsa di kawasan yang dilanda banjir kilat tersebut,'' kata beliau.


Di Thailand, sekurang-kurangnya 310 mangsa terkorban dan lebih 2,000 cedera apabila enam buah wilayah di selatan negara itu dilanda ombak besar sehingga lima meter tinggi.Ombak besar dan banjir kilat yang melanda kawasan Phuket, Koh Pi Pi, Songkhla, Krabi, Phang Nga dan Surat Thani dilaporkan memusnahkan rumah-rumah serta premis lain di kawasan pantai.Sepasang suami isteri warga Malaysia dilaporkan terbunuh ketika menyelam di Gua Emerald, yang merupakan tumpuan pelancong asing di selatan Thailand.


Di Indonesia sendiri, lebih 4,185 mangsa terkorban. Ketua Pusat Persediaan Darurat Indonesia, Doti Indrasanto berkata, jumlah kematian di wilayah Acheh meningkat kepada 1,400 orang terutama di daerah Deli Serdang dan Nias di selatan Acheh.Ia turut memusnahkan beribu-ribu rumah di sepanjang kawasan pantai selain beribu-ribu lagi mangsa dilaporkan masih hilang.


Di Myanmar, yang turut dilanda ombak besar menyaksikan sekurang-kurangnya 10 penduduk terkorban sementara sejumlah bot nelayan karam.p/s: moga ada keinsafan dalam pengajaran peritiwa ini. Kita terlalu kerdil!


p/s: moga ada keinsafan didalam pengajaran bencana ini. Subhanallah.. Terbukti, kita terlalu kerdil! Mengapa pula mahu melawan perintah-NYA?

 
Krisis nilai – Apa penyelesaiannya?
12.21.04 (3:17 am)   [edit]





Oleh DATO' DR HARON DIN

KRISIS nilai akhir-akhir ini semakin serius. Insan seperti sudah kehilangan punca untuk menentukan nilai sesuatu perbuatan atau tingkahlaku, manakah yang baik untuk dilakukan dan manakah yang buruk untuk dijauhi.

Insan seperti tidak dapat memberikan jawapan apakah dia kebaikan yang diistilahkan sebagai 'al-khair' dan apa pula yang diistilahkan sebagai kejahatan atau 'as-syar'.


Apakah dia kayu ukur atau necara timbangan untuk mengukur dan menimbang mana satu yang baik dan mana yang buruk.

Ada insan yang menggunakan akal sebagai kayu ukur. Mana yang akalnya mengatakan yang baik, dilakukan, mana yang tidak baik dilakukan, untuk dijauhi.

Tetapi akal manusia adalah berbeza antara satu sama lain yang akhirnya apa yang akal seseorang itu mengatakan baik, akan ada akal orang lain mengatakan ianya tidak baik. Maka akan berlakulah pertembungan.

Terdapat juga insan menggunakan amalan atau budaya di sesuatu tempat untuk mengiyakan atau menidakkan sesuatu perkara.

Di zaman moden ini, manusia menggunakan kuasa politik untuk menentukan sesuatu perkara, iaitu apa yang diputuskan oleh orang yang berkuasa dalam politik, diulang dan dilaksanakan dalam masyarakat, itulah dikatakan 'al-khair' dan apa yang dilarang mereka dikatakan 'as-syar'.

Jika inilah keadaan yang berlaku dalam masyarakat kita, maka krisis nilai, semakin hari semakin parah.

Insan seperti sudah seperti kehilangan pedoman untuk menentukan secara serius bagi meyakinkan diri sendiri, dengan mengatakan yang baik itu adalah mutlak dan yang jahat itu adalah mutlak. Yang baik untuk dikerjakan dan yang buruk untuk dijauhi.

Kerana bercelarunya ukuran antara mana yang baik dengan yang tidak baik, maka berlaku sehingga kepada peringkat menilai hukum-hukum Allah yang diwahyukan untuk kebaikan manusia boleh diragui oleh insan yang berpegang dan percaya kepada kefahaman agama itu sendiri.

Contohnya penganut-penganut Islam, yang sudah semestinya mereka berpegang dan penuh yakin kepada rukun iman yang termasuk di dalamnya mempercayai kitab Allah, sebagai kita petunjuk dan wahyu.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 1 - 5 yang bermaksud.

“Alif, Laaam, Mimmm. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya. Ianya adalah petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada mu (Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan sebelum mu, maka yakin akan adanya pembalasan pada hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Ayat-ayat awal ini memberi penekanan kepada kitab al-Quran yang menjadi panduan kepada umat yang beriman dengannya sebagai penentu kepada permasalahan nilai yang sedang menghadapi krisis.

Dengan wahyu ini, Allah memberi suatu petunjuk kepada umat Islam bahawa nilai telahpun ditentukan oleh syarak.

Oleh itu maka ulama-ulama telah membuat kesimpulan yang mudah difahami. Kata-kata yang terpahat kepada orang yang memahami hukum nilai disebut bahawa “Yang baik itu ialah yang syarak mengatakan ianya baik,manakala yang jahat itu, ialah yang dikatakan oleh syarak sebagai jahat.”

Nilai sebenarnya merujuk kepada hukum yang ditentukan oleh Allah SWT.

Dalam Surah an-Nuur ayat 51- 52, Allah berfirman yang bermaksud;

“Sesungguhnya pendirian orang-orang yang beriman kepada Allah, apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya bagi mengambil hukum bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di kalangan mereka, kata-kata mereka hanyalah 'kami dengar dan kami taat.'

Mereka itulah orang-orang yang memperolehi kejayaan dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta takut kepada Allah dan bimbang kepada kemurkaannya maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Ayat Surah an-Nuur ini memberi gambaran bahawa orang-orang Islam, iaitu orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT akan menerima penyelesaian masalah krisis nilai dengan merujuk kepada hukum-hukum Allah SWT.

Sepatutnya kita bimbang dan khuatir dengan peringatan Allah SWT dalam Surah Faathir ayat 8 yang bermaksud;

“Apakah mereka-mereka yang telah dihiasi perbuatan-perbuatan jahat mereka yang melanggar hukum, lalu mereka melihatnya sebagai sesuatu yang cantik dan indah, maka sesungguhnya Allah SWT menyesatkan mereka yang dikehendaki dan memberi hidayah kepada mereka yang dikehendaki. Maka jangalah kamu merasakan kecewa dengan penolakan orang-orang yang engkar. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dengan apa yang telah mereka lakukan.”

Ayat ini mengingatkan kita kepada adanya segolongan manusia yang kerja mereka melakukan kerja-kerja buruk, kerja jahat, usaha merosakkan nilai, tetapi semua itu pada penglihatan dan pengamatan mereka adalah sesuatu perbuatan yang baik dan cantik, sedangkan ianya pada Allah SWT adalah amat buruk.

Jika inilah yang berlaku, maknanya, insan sudah tidak mengira nilai yang diberikan ketentuannya oleh Allah SWT, sebaliknya mereka mengambil nilai yang mereka sendiri meletakkannya sebagai baik, walaupun ia menentang kehendak Allah.

Dari krisis nilai yang sedemikian, maka berlaku suatu fenomena penentang-penentang Allag dan Rasul-Nya, iaitu golongan yang tidak menerima hukum Allah sehingga sampai kepada peringkat menentang berlaku dari dahulu hingga sekarang.

Tetapi pembela, penegak dan pelaksana hukum Allah juga wujud dan akan teguh berdiri di bawah lambang jihad, wujud dari dahulu sampai ke hari ini.

Seorang pemikir Islam yang terkenal, Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya yang berjudul “al-Iman wah hayah” di halaman 189 ada menyebut yang maksudnya;

“Islam telah membahagikan alam manusia ini kepada dua golongan yang besar, satu, pembela-pembela yang hak dan yang kedua, penegak-penegak kebatilan. Di mana ada golongan yang menegakkan yang hak, di sana ada golongan yang menegakkan kebatilan.”

Islam tidak membolehkan mana-mana orang untuk bangun berjihad melainkan untuk menundukkan golongan yang menegakkan kebatilan.

Kerana itulah Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nisa' ayat 76 yang bermaksud;

“Orang-orang yang beriman sentiasa berjihad di jalan Allah untuk menegakkan syariat Allah, dan orang-orang yang kufur, mereka berjuang pada jalan 'taghut'. Maka hadapilah pembela-pembela jalan syaitan, sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.”

Perjuangan untuk menegakkan hukum Allah SWT adalah perjuangan untuk mengembalikan manusia di atas landasan fitrah. Fitrah adalah keadaan semulajadi manusia yang mereka sepatutnya berada di atas jalan menuju keredhaan Allah dan bukannya berada di atas jalan yang dimurkai Allah SWT.

Yang hak datang dari Allah dan yang batil datangnya daripada syaitan dan suku sakatnya.

Oleh kerana itulah insan, walaupun telah diberikan segala macam kemudahan kepadanya untuk mengukur jalan kebaikan dan jalan keburukan, bukan sahaja akal, tetapi diberikan wahyu dan dengan bukti yang amat nyata.

Allah SWT adalah Tuhan pencipta yang mengetahui segala keperluan manusia, bukan sahaja untuk sementara mereka berada di atas dunia yang fana ini, malah Allah amat mengetahui mereka akan diuji semula selepas mati dan akan dapat melihat sendiri hasil-hasil perbuatan mereka di dunia

Perbuatan yang baik di dunia, hasil perbuatannya akan dikecapi selepas mati dan sebaliknya juga demikian.

Oleh sebab itu maka, krisis nilai tidak seharusnya dibiar berterusan, kerana akhirnya manusia yang akan terus menerima akibatnya.

Penyelesaian kepada kepada krisis nilai ini, iaitu hendaklah kita kembali kepada Allah SWT sesuai dengan Firman Allah dalam Surah an-Nisa ayat 59 yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada perintah Allah, dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan pemerintah di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu bersengketa dalam sesuatu perkara, maka carilah penyelesaiannya dengan merujuk kepada hukum Allah dan Rasul-Nya sekiranya kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Demikian itu adalah sebaik-baik jalan kepada mu dan sebaik-baik yang kamu rujuk.”

Ayat ini menggesa umat Islam, apabila berlaku krisis, terutama krisis nilai yang akan menentukan arah tuju insan samada hendak kembali kepada Allah atau tidak, mereka perlu merujuk kepada hukum Allah, kerana tidak ada pilihan bagi orang Islam ini mematuhi perintah Allah SWT sebagai sesuatu yang sudah sepatutnya berlaku.


 
:: andai ini kali terakhir...
10.12.04 (5:40 am)   [edit]

Andai Ini Ramadhan Terakhir
wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat.....


aku yang daif ini...

 
:: KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....
10.08.04 (10:19 am)   [edit]
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-
 
:: Tunggakan diketahui setelah dapat diploma
10.06.04 (8:53 pm)   [edit]


Saudara Pengarang,
SAYA merupakan salah seorang lepasan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak. Walau pun konvo UTM telah berlalu namun ia tetap menjadi satu igauan buruk terhadap diri saya.
Dalam menuju era teknologi, saya tidak tahu di mana silapnya pengurusan bendahari sama ada UTMKL mahupun UTM Skudai. Saudara pengarang boleh bayangkan perasaan saya ketika diberitahu bahawa saya ada tunggakan sebanyak RM1,056 ketika hendak mengambil sijil dan transkrip di kaunter. Selepas pulangkan jubah, selepas naik ke pentas, dan selepas saya bertolak ke Johor.
Yang pelik tunggakan itu adalah yuran hari pertama semasa saya mendaftar untuk kemasukan diploma. Yang amat saya kesali semasa kawan-kawan saya meraikan kemenangan mereka, saya terpaksa berdebat dengan pegawai bendahari mengenai perkara ini.
Dengan angkuh mereka mengatakan sekiranya saya gagal mengemukakan bukti maka saya perlu menjelaskan semula bayaran itu. Betapa lancangnya percakapan mereka tanpa memikirkan perasaan orang lain. Amboi siap perli-perli lagi saya bayar ke tidak yuran pengajian itu. Fikirkanlah.
Bagaimana saya boleh meneruskan pengajian selama tiga tahun sekiranya yuran hari pertama, semasa pendaftaran kemasukan diploma tidak dijelaskan? Yuran hari pertama? Sedangkan slip keputusan saya tidak pernah tersangkut. Surat konvo saya pula tidak ada masalah.
Mengapa pihak UTM tidak menghubungi, mengesahkan dan memaklumkan kepada saya sepanjang tiga tahun saya belajar, selepas tamat belajar dan sebelum saya konvo? Mengapa selepas saya konvo?
Adakah pihak UTM kekurangan telefon, kertas, sampul surat dan setem? Tidak terfikirkah mereka bahawa kebanyakan pelajar bukan dari golongan berada? Adakah mereka kerja sambil tidur? Dari utara saya datang dengan keluarga, saya pulang dengan linangan air mata, pulang tanpa sijil!
Allah itu Maha Penyayang, slip bayaran tiga tahun yang lepas masih elok dalam simpanan saya. Pergi mana slip bayaran simpanan UTM? Mereka makan ke? Andai kata slip itu hilang, maka saya terpaksa mengangkat sumpah atau membayar semula.
Perkara ini bukan terjadi kepada diri saya seorang malah kawan-kawan saya juga menerima nasib yang sama. Yang paling malang dari Sarawak. Mereka kena pulang dulu untuk mengambil slip bayaran, itupun jika ada. Saya amat berharap perkara ini tidak berulang dan pihak pengurusan UTM perlu tegas akan perkara ini. - YANG BENAR TETAP BENAR, Kuala Lumpur.


p/s: mmg pedas giler pejabat bendahari kena 'tembak' dek budak yang masuk dalam paper hari ni.. mmg pejabat bendahari kalut la kejap pasal isu ni hari ni... almaklumla.. bila baru masuk 'paper', semua baru terlena dari tido.. anyway.. bangunla dari lenamu... dah pukul 9 pagi dah... :p

 
:: Cara berbelanja ketika barang mahal
10.06.04 (8:34 pm)   [edit]

dipetik daripada : http://utusan.com.my" title="http://utusan.com.my" target="_blank"http://utusan.com.my



Saya ingin menyentuh tentang pesta harga barang keperluan harian yang rancak di beberapa bandar kerana mengambil kesempatan kenaikan harga minyak petrol. Saya ingin merayu kepada pengguna biasa yang bukan peniaga. Bagi peniaga makanan, mereka terpaksa membeli keperluan asas tersebut dan tidak dapat tidak perlu menaikkan harga makanan.
Contohnya seorang peniaga nasi ayam di pasar malam memberitahu saya secara jujur yang dia terpaksa menaikkan harga nasi ayamnya daripada RM2.50 kepada RM2.80 kerana harga ayam naik sehingga RM5.50 sekilogram.
Seorang lagi peniaga nasi ayam ingin mengekalkan harga nasi ayamnya pada RM2.50 tetapi ternyata terpaksa mengurangkan kuantiti potongan ayamnya. Itu adalah cara mereka berniaga dan sebagai pengguna kita berhak sama ada hendak makan nasi ayam ataupun memilih membeli mi sup bebola ikan sebagai ganti dengan harga RM2.00 sebungkus atau memilih untuk makan kuetiau goreng dengan harga RM1.50 sebungkus.
Nasihat ini bagi pengguna seperti saya yang mempunyai tiga orang anak meningkat remaja. Keperluan makanan mereka mestilah berkhasiat untuk pembesaran tetapi tidak semestinya yang mahal.
Kenaikan harga barang keperluan harian tidak begitu terasa kerana amalan pemakanan saya selama ini agak berkesan iaitu saya akan hanya membeli apabila keperluan itu sedang banyak di pasaran. Contohnya jika harga ayam sedang mahal, saya tidak akan kerap makan ayam tetapi membelinya mungkin hanya seekor seminggu dan saya akan membeli ikan yang lebih murah daripada ayam atau daging import yang berharga RM7.00 sekilogram.
Saya kurangkan masakan bergoreng apabila harga minyak mahal, jadi saya makan ikan bakar atau dimasak secara berkuah. Apabila harga telur mendadak naik, saya tidak membuat kuih-muih atau kek yang memerlukan penggunaan telur yang banyak tetapi beralih kepada kuih-muih tanpa telur. Menu minum petang bolehlah digantikan dengan bubur kacang atau jemput-jemput pisang.
Apa yang penting ialah cara kita mengajar pembekal dan peniaga yang menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya.
Jika semua suri rumah bijak merancang perbelanjaan, beban kewangan tidak begitu terasa, yang penting kita tetap makan.
Jangan beli brokoli ketika harga mahal tetapi belilah kubis atau sawi. Gantikan masakan dengan sayur-sayuran apabila harga ayam dan ikan melambung naik.
Sebagai pengguna, kita yang menentukan harga, bukan peniaga. Saya hanya memakan buah mangga apabila mangga berlambak di pasaran dan berhenti dulu membeli epal fuji atau anggur. Kita yang perlu mendidik ahli keluarga tentang selera makan.
Masalah dengan masyarakat negara ini ialah kita tidak dapat mengawal kehendak selera sendiri maka terjadilah juga pembelian bahan berkenaan walaupun ia tersangat mahal.
Mengapa kita mesti beli barang keperluan pada waktu harganya mahal mendadak? Hentikan penggunaannya buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengawal harganya di pasaran.
Apa yang kita tidak dapat kawal ialah penggunaan petrol dan gas, jadi keperluan ini terpaksa kita beli walaupun harganya naik.
Bagaimanapun kita masih boleh berjimat dengan mengurangkan perjalanan ke tempat-tempat tidak perlu atau berjalan kaki ke kedai berhampiran.
Untuk mengurangkan penggunaan gas pula, kurangkan memasak rendang atau menggoreng kerana proses memanaskan minyak yang banyak semasa menggoreng memerlukan penggunaan gas yang banyak. - Junaidah Meor Hassan, Kuala Lumpur.

 
:: moden vs klasik
10.06.04 (8:09 pm)   [edit]

Bahagian A : adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B : zaman sekarang / pertengahan
Bahagian C : cara perbualan budak2 remaja zaman sekarang.

=====
Ayat 1
=====
(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya
menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul,jangan sampai ada bekas
(C) Wa cakap sama lu ... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.

=====
Ayat 2
=====
(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babis punyer budak! siak kanina tul...

=====
Ayat 3
=====
(A) Sesungguhnya hamba! masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba...
akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan
(B) Cinta aku belum lagi berbalas... berilah aku peluang kali ini untuk
mengisi ruang hati mu.
(C) Beb.... wa takmu jiwa-jiwa sama lu... tapi wa suah cintan rabak sama
lu... wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong .. plse ahhhhh.

=====
Ayat 4
=====
(A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan bulan
syawal ialah esok... dari itu hari ini merupakan hari penggenap Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo! !!!!!

=====
Ayat 5
=====
(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan
sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu... boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau... aku ! pun nak ikot.

=====
Ayat 6
=====
(A) Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu
kemungkaran... maka.. atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati.. bedek takda..jgn
memain dgn aku hah.

=====
Ayat 7
=====
(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer siol!

=====
Ayat 8
=====
(A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah
diketengahkan
(B) Apakah maksud anda?. Boleh tolong jelaskan?
(C) Oi! What cork are u talking about?... say poply ahh!


********
ayat zaman hang tuah
sungguh besarlah hajat kami datang bertandang, andai besar si gunung
tahan, besar lagi hajat di hati kami. sudilah kiranya kami ingin
menyunting bunga yg sedang mekar berseri di jambanga n taman tuan hamba.
bagaimana pandangan tuan hamba?

ayat zaman p. ramlee
pakcik, saya ni datang nak meminang anak pakcik untuk bos saya. aaa...
tak payah cakap banyak pakcik, terima jelah. pakcik senang, saya pun
tak payah nak berulang-alik 3,4 kali ke rumah pakcik. setuju?

ayat zaman skang
sebelum perut anak awak nampak membonjol, elok je la kita satukan anak
kita cepat-cepat. orang pun tak mengata kalau naik pelamin. nanti kalau
dah memboyot, anak awak, dengan awak sekeluarga semua malu. anak saya dah
janji nak bertanggungjawab.

********

Bahasa Istana Dulu
Eh! dinda ni, kalau nak mencemar udara, biarlah kanda tambatkan sang
Dewata kuda kesayangan hamba ini, tak manis kalau didengar dayang istana..

Bahasa Padang Kota, Penang
Chessss .. mangggkok hayon dongga ghopla jigga punya marka, kalau nak
kentut pun biaq la aku tongkat moto dulu, sambai petai kurang asam jawa
punya budak.. chessss hang cirit ka..?!


p/s: kemajuan telah menelan ketradisionalan walaupun ketradisionalan mewarisi adab yang penuh tinggi nilainya... inilah dikatakan zaman kemajuan?

 
:: Kembali bersatu?
10.05.04 (4:51 am)   [edit]

Kahwin semula lepas 47 tahun bercerai
Oleh Zulkifli Md Ali dan Manzaidi Mohd Amin


KEMBALI BERSATU: Kegembiraan yang dirasakan oleh pasangan Kamarudin
(kiri) dan Khadijah apabila mereka diijabkabulkan semula
kelmarin selepas 47 tahun bercerai, turut dikongsi
oleh M Rajoli (kanan) serta ahli keluarga yang
lain di rumah abang Khadijah di Kota Kubang Labu,
Pasir Pekan, Tumpat. Kamarudin pernah berkahwin 52 kali
selepas perceraiannya dengan Khadijah dan ada
antara perkahwinannya bertahan selama dua hari
dan paling lama 20 tahun.



TUMPAT: Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Demikianlah berlaku kepada pasangan warga emas di sini, yang walaupun selepas 47 tahun bercerai dan masing-masing membawa haluan sendiri, diijabkabulkan sekali lagi kelmarin.
Kamarudin Mohammad, 72, yang 52 kali berkahwin selepas perceraiannya dengan Khadijah Udin, 74, melafazkan akad nikah untuk perkahwinan kedua mereka kira-kira jam 9.15 malam di depan imam masjid Wakaf Bharu, dekat sini, disaksikan anak tunggal mereka, Rohana.
Khadijah ialah ibu pelakon M Rajoli, hasil perkahwinan pertamanya.
Rajoli, bersama isteri keduanya, Wan Chik Othman, turut bersama sanak-saudara pasangan berkenaan menghadiri upacara bersejarah bagi keluarga mereka itu.
Walaupun majlis itu diadakan secara sederhana, ia penuh bermakna bagi Khadijah, yang kematian suami ketiga, Allahyarham Mohd Zin Ahmad, kira-kira enam bulan lalu.
Selepas dinikahkan oleh imam, Abdullah Daud, pasangan itu dibawa ke rumah abang Khadijah, Omar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, untuk majlis keraian.
Kamarudin ketika ditemui pada majlis itu berkata, apabila menyerahkan surat cerai kepada Khadijah kira-kira 47 tahun lalu, beliau ada mengatakan: “Kalau ada jodoh, kita tidak akan ke mana.”
Kata-kata itu menjadi kenyataan apabila selepas 47 tahun berpisah dan melalui 52 kali perkahwinan, beliau akhirnya kembali ke pangkuan wanita pertama yang dikahwininya iaitu pada 1957.
Hasil perkongsian hidup dengan beberapa isterinya, Kamarudin dikurniakan lapan anak termasuk Rohana.
Anak daripada isteri lain ialah Norizan dengan isteri bernama Maimunah, manakala Faridah dan Faizal (Rahmah), Shahrul dan Shahril (Maimun), Roslan (Fatimah), Jefri dan Nor Afiza.
Kamarudin berkata, walaupun beliau berkahwin ramai, semuanya berpisah dengan perceraian dan isteri-isterinya tidak pernah hidup bermadu.
“Ada antara perkahwinan saya hanya mengambil masa paling singkat dua hari, selepas itu kami bercerai. Paling lama selama 20 tahun iaitu dengan isteri yang berasal dari Wilayah Songkhla, Selatan Thailand.
“Dia meninggal dunia beberapa tahun lalu kerana penyakit barah payu dara. Selepas itu, saya terkenang Khadijah, lalu menghantar rombongan merisik dan melamarnya.
“Saya tidak menduga lamaran itu diterima. Saya bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan semula dengan bekas isteri pertama selepas 47 tahun berpisah,” katanya.
Khadijah pula, yang mempunyai lapan anak hasil tiga perkahwinan terdahulunya, berkata beliau menerima Kamarudin semula sebagai suami selepas memikirkan masa depannya yang tinggal bersendirian selepas kematian suami ketiga.
“Semua anak sudah bekerja dan berumahtangga, tiada siapa lagi menjaga saya. Jadi apabila Kamarudin masuk melamar, saya terus reda dan menerimanya semula walaupun ada kenangan pahit ketika hidup bersamanya.
“Ini semua takdir... saya tidak dapat melawannya. Allah telah menetapkan perjalanan hidup saya berakhir dengan bekas suami. Jadi, saya terimanya dengan penuh kesyukuran.
“Lagipun, Kamarudin sudah berjanji akan menjaga saya sehingga akhir hayat dan tidak mahu lagi mengulangi perbuatannya beristeri ramai,” katanya.
Hasil perkahwinan pertamanya dengan Allahyarham Mohd Zin Abdul Latif, Khadijah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rajoli, Muhaini dan Mohd Fauzi.
Melalui perkahwinan keduanya dengan Kamarudin, beliau dikurniakan anak tunggal iaitu Rohana, manakala hasil perkongsian hidup bersama suami ketiga, Mohd Zin Ahmad, beliau mendapat empat anak iaitu Maizun, Abdul Rahim, Zalina dan Mohd Khairi.


sumber: www.bharian.com.my


p/s: mmg menakjubkan.. tapi bukan pasal tajuk dia.. tapi jumlah perkahwinan yg dilalui kamarudin itu sendiri. Sampaikan 52 kali perkahwinan.. mmg dashyat betul.. Adakah perkahwinan ibarat "melepas batuk di tangga?.."  suka2 jer nak kawin pastu cerai.. kawin pastu cerai... huh.. 

 
:: BAHAYA JUTAWAN YANG MELAMPAU BATAS
10.05.04 (3:10 am)   [edit]
ABU HURAIRAH R.A. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud: Tiada yang dinanti oleh seorang di antara kamu melainkan menunggu kaya yang jadi taghut (pelampau), atau menunggu (tanpa usaha) sampai jadi papa sehingga lupa halal haram, atau menunggu sehingga dilanda sakit yang menyebabkan punah seluruh tenaga untuk berusaha, atau duduk diam sehingga menjelang tua kemudiannya tidak terdaya lagi melakukan sesuatu, atau duduk diam sehingga datang ajal secara mengejut."
Sesungguhnya Islam tidak menghalang seseorang untuk jadi kaya, tetapi apa yang terungkap di dalam hadis Nabi s.a.w, yang disebut di atas menjelaskan bahawa sifat buruk yang sering berakar dalam jiwa pengejar kekayaan sehingga menjadi taghut, tidak kira halal haram, adalah suatu yang jelas bercanggah dengan kemurnian syariat Islam.Pepatah sering menyebut bahawa langit tidak menurunkan hujan emas, lantaran itu manusia mesti berusaha agar dia
tidak mengizinkan kepapaan menguasai diri mereka. Namun kekayaan bukanlah matlamat hidup yang murni, kerana segala harta benda dan segala kekayaan yang melimpah dari erbendaharaan Allah itu hanyalah kemudahan atau alat bagi mencapai 'mardhatillah'. Justeru itu kebijaksanaan yang berteraskan keimanan merupakan persiapan bagi seseorang usahawan yang ingin mengejar kekayaan dunia. Usahawan yang bijak di sisi Islam ialah mereka yang mampu membebaskan diri tanpa berpaut dengan tongkat riba yang ditawarkan oleh berbagai institusi kewangan, modal berasaskan riba adalah benih yang akan melahirkan manusia yang dibenci oleh Allah, iaitu manusia yang digelar oleh Rasulullah sebagai Ghirwn Mutgbiyan iaitu
jutawan yang menjadi taghut.
Namun apa yang mesti difahami bahawa Islam menggalakkan umatnya menjadi kaya, kerana di dalam Islam ada zakat, tidak mungkin orang akan mengeluarkan zakat jika mereka tidak kaya. Tetapi jika sudah jadi jutawan tidak juga mengeluarkan zakat, atau masih berdalih menangguh-nangguhkan menunaikan haji ke Baitullah, sedangkan setiap bulan mereka boleh terbang ke Amerika, Eropah atau ke Jepun. Maka yang demikian itu sudah tergolong ghinan
mutghiyan iaitu jutawan yang bersifat melampau. Satu lagi keadaan yang tidak diingini ialah 'papa-kedana yang lupa halal haram', bila manusia sudah terdesak disebabkan tiada wang ringgit dan harta benda, dia mungkin terdorong melakukan apa saja walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan menjatuhkan maruah sendiri, asalkan perut yang kosong dan kocek yang kempis terisi.Mungkin mereka terpaksa menipu, berjudi, mencuri atau
merompak. Itulah hal-hal yang ditakuti terjadi terhadap mereka yang membiarkan kepapaan menyelubungi diri.

Firman Allah Taala ;
Maksudnya:
"Dan tidak ada suatu binatang (segenap makhluk bernyawa) yang melata di muka bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya."(Hud: 6).

Bagaimanapun jika manusia tidak berusaha maka rezeki yang sudah dijanjikan oleh Allah itu nescaya akan terlepas dari tangannya. la ibarat pemberian yang telah dihulur tetapi
tidak disambut, apabila rezeki sudah terlepas maka dia akan kehilangan rezeki.
Kedudukannya orang yang berdiam sehingga kepapaan menyelimuti dirinya, sehingga menjadi si papa yang lupa halal haram, adalah sama saja dengan jutawan melampaui batas. Si papa yang dibenci oleh Allah SWT kerana kepapaan telah mendorong mereka melakukan apa saja tanpa
memikirkan halal haram, sama juga dengan golongan ghinan mutghiayan jutawan yang melampaui batas, ia juga terkutuk kerana sifat taghut mereka.

p/s: sekadar mengingatkan kpd sahabat yg tak berusaha keras dlm MLM.. teruskan usaha! namun aspek dlm artikel tadi perlu diutamakan... (",)
 
:: Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF
10.04.04 (9:55 am)   [edit]

Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya...Sila baca artikel berikut mengenai orang yang
HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.

Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah dan menimbus jarum
penyuntik di dalam pasir.Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lungsur kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati....

4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air
minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat
jarum penyuntik di dalamnya.



Ini adalah nyawa anda. Sila 'kongsikan' maklumat ini kepada orang lain, especially keluarga, kawan2 dan sesiapa sahaja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate
Professor & Head Dept. of Chemical Pathology
School of Medical Sciences USM


p/s: bahaya sungguh AIDS ni.. bila tiba masa nanti, tempat awam telah menjadi tempat yang tidak selamat lagi... aduh AIDS..

 
:: renungan buat suami dan isteri
09.24.04 (10:03 pm)   [edit]

:: RENUNGAN BUAT PARA SUAMI


>Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!
>Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!
>Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!
>Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!
>Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!
>Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!
>Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".
Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".
>Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".
* Ucapan baik adalah sedekah.
* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
* Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
* Berhubungan badan mendapatkan pahala.


:: KETAHUILAH WAHAI WANITA



1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.


p/s:  "macam nak kawin lak..."

 
:: my idols ~ Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
09.22.04 (7:34 pm)   [edit]
Oleh : DINSMAN

Ketika melihat semula gambar-gambar video yang diambil sepanjang mengikuti pergerakan harian Tok Guru Nik Aziz Oktober lalu, satu imej yang paling ketara dan menonjol mengenai Menteri Besar Kelantan ini ialah solat. Paling banyak gambar beliau solat dirakamkan sepanjang kami mengikuti beliau selama dua minggu itu.

Kami cuba merakamkan pergerakan Tok Guru Nik Aziz yang menjadi rutin kehidupan hariannya dalam seminggu, bermula daripada dia keluar rumah di waktu pagi hinggalah dia pulang ke rumah di waktu malam, iaitupergerakan yang boleh menjadi perhatian umum - tidak yang bersifat peribadi dan rahsia.
Pergerakan umum Nik Aziz pada setiap hari bermula dengan perjalananya ke masjid untuk solat subuh. Jarak rumahnya dengan masjid sangat dekat.
Bumbung masjid dengan bumbung rumahnya hampir bertemu. Daripada tangga pintu depan rumahnya ke tangga pintu khas masjid, seperti yang saya hitung langkahnya berdasarkan gambar video yang dirakamkan pada suatu subuh di bulan Oktober lalu, ialah 19 langkah.
Sekiranya dia berada di rumah, dan dia tidak sakit, pintu depan rumahnya pasti terbuka tidak lama selepas berakhirnya laungan azan subuh, iaitu sebelum pukul 6.00 pagi. Nik Aziz akan melangkah turun dari rumahnya, masuk masjid, dan mengimami jemaah solat subuh.
Selepas solat dia membaca wirid atau bacaan selepas solat, yang apabila sampai kepada bacaan ayat Kursi, para jemaah yang di bahagian depan akan bangun untuk berubah tempat, duduk semula mengelilinginya dalam jarak yang sangat dekat. Pergerakan ini berlaku seperti secara otomatis dan cepat.< Mereka yang biasa berjemaah di situ terus melakukannya seperti spontan,sama ada pelajar mahupun orang dewasa. Sudah terbiasa begitu.>Selesai ayat Kursi, Nik Aziz pun membuka kitab yang sudah diletakkan di atas rehal di sebelah kanan tempat duduk sembahyangnya. Dia pun memulakan kuliah subuh, yang merupakan kuliah atau ceramahnya yang pertama untuk hari itu.
Ini berlaku pada setiap hari. Seawal itu, Nik Aziz yang kini sudah 11 tahun menjadi Menteri Besar negeri Kelantan, memulakan tugasnya kepada rakyat - mengajar ilmu agama. Seawal jam 6.15 pagi. Begitu dia melakukannya bertahun-tahun sejak belum menjadi menteri besar pada tahun 1990, dan begitulah juga dia melakukannya setelah menjadi menteri besar, sampailah sekarang.
Dia terus mengajar begitulah. Setiap hari, selepas solat subuh. Dan kuliahnya itu adalah sebahagian daripada wirid solatnya, kerana dia memulakan kuliah selepas membaca ayat Kursi, dan sebaik saja selesai kuliah dia pun menyambung semula wiridnya, dengan zikir subhanallah? dan seterusnya hingga selesai do'a.
Sebaik saja selesai do'a, para jemaah di sekelilingnya - pelajar mahupun orang dewasa - terus bersalam dan mencium tangannya, seorang demi seorang.
Ketika mula-mula menyaksikan adegan ini dulu, saya agak terharu. Kebetulan waktu itu yang ramai mengelilinginya ialah para pelajar SM Darul Anuar - sekolah yang berada hampir dengan rumah Nik Aziz, dan menjadi sebahagian daripada persekitaran rumahnya sejak bertahun-tahun.
Saya membayangkan adegan seperti itu berlaku pada setiap pagi. Saya melihatnya dari segi hubungan intim Tok Guru dengan anak-anak muridnya.
Begitu intim sekali. Tiap-tiap subuh, menjadi sebahagian daripada kegiatan solat, mereka duduk rapat mengelilingi Tok Guru, mendengar dia mengajar(walaupun ada yang mengantuk).
Saya tertarik memikirkan mereka itu bangun untuk duduk semula rapat dengan Tok Guru, sedangkan mereka boleh saja menadah telinga mendengar Tok Guru mengajar dari tempat duduk mereka yang asal, tak perlu bangun berubah tempat.
Tetapi mereka bangun mengubah tempat untuk duduk rapat dengan Tok Guru. Dan Tok Guru itu (sejak 11 tahun yang lalu) adalah orang yang sama yang menjadi Menteri Besar negeri itu. Jadi, setiap pagi, mereka ber kesempatan duduk dalam suasana yang begitu intim dengan seorang Tok Guru yang juga Menteri Besar.
Tak tahulah bagaimana dan bila mula terjadinya keadaan duduk yang seperti itu. Nik Aziz sendirikah yang mengaturnya demikian, atau bagaimana -itu semua tidak mustahak. Yang mustahaknya, saya melihat keadaan itu agak mempesona. Saya melihat jalinan hubungan yang intim itu terjadi pada setiap pagi. Saya melihat seorang Menteri Besar memulakan harinya dengan mengajar agama, dalam suasana hubungan guru-murid yang begitu intim, selepas mengimami solatsubuh.
Dari kacamata filem, adegan ini memang cantik,mempesona, terutama apabila dilihat dari sudut atas (high angle).Dan apabila anak-anak muda itu seorang demi seorang mencium tangan Tok Guru, kita terasa akan kemesraan hubungan guru-murid itu. Dan saya terfikir - siapakah lagi
seorang
pemimpin negeri, atau pemimpin negara, yang memulakan harinya seperti itu - seperti Tok Guru Nik Aziz itu?(Seorang kawan saya di Kota Bharu, Zainuddin, bertanya saya apakah saya mengikuti kehidupan Imam Khomeini? Jawab saya: Tidak, saya tidak mengikuti.Jadi saya tak dapat membuat bandingan.)
Setelah itu, Nik Aziz akan berjalan keluar masjid menuju ke rumahnya. Perjalanan yang kurang daripada 20 langkah itu kadang-kadang terganggu atau dihalang pula oleh kehadiran orang yang hendak bertemu dengannya, sama ada sebagai menteri besar ataupun sebagai Tok Guru.
Tidak ada orang yang akan menghalang sesiapa pun yang hendak bertemu dengannya. Semua orang boleh bertemu. Terus saja halang perjalanan dia disitu, dan cakaplah apa-apa pun. Dia sentiasa bersedia mendengar, dan membantu.
Itu pada hari-hari biasa, bukan hari Jumaat. Pada hari Jumaat lain pula keadaannya. Jalan ceritanya belum habis sampai setakat pelajar- pelajar atau makmum mencium tangannya. Ia ada sambungannya lagi. Jemaah pada subuh Jumaat biasanya lebih ramai daripada hari-hari lain. Bukan sahaja kerana hari Jumaat itu hari cuti di Kelantan, tetapi adalah kerana satu upacara khas yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz pada setiap pagi Jumaat, selepas selesai solat subuh.
Selepas para jemaah mencium tangan Tok Guru, mereka pun akan beredar. Pada waktu itulah akan tampil pula orang-orang yang mendukung anak kecil (bayi),untuk menghulurkan anak mereka ke pangkuan Nik Aziz.
Nik Aziz yang masih di tempat duduknya seperti ketika menyampaikan kuliah tadi, akan menyambut bayi yang dihulurkan kepadanya, meletakkannya di atas ribanya, dan memulakan upacara 'membelah mulut' dan memotong rambut bayi tersebut. Upacara ini mengambil masa kira-kira lima minit untuk seorang bayi. Setiap bayi disuap dengan sedikit makanan manis, seperti buah korma, kemudian digunting sedikit rambutnya, dan kemudian dibaca do'a. Semuanya dilakukan sendiri oleh Tok Guru Nik Aziz.
Sepanjang yang saya saksikan, beberapa kali, tidak pernah saya melihat ada anak yang menangis ketika Nik Aziz melakukan upacara ini.
Bukan seorang dua bayi yang dihulurkan kepadanya pada setiap Jumaat. Beberapa kali yang saya hadir saya perhatikan kurang daripada 10 orang. Dan pernah sekali itu begitu ramai, mungkin hingga 20 orang. Nik Aziz pun terpaksa berehat sebentar, dan ada orang pula mengurut badannya bagi mengembalikan tenaganya.
Pernah juga saya melihat dia berhenti untuk sembahyang sunat dhuha, dan kemudian sambung semula upacara tersebut.Sekali lagi, saya memikirkan bahawa yang sedang melakukan upacara ke atas anak-anak kecil itu, di subuh-subuh hari, adalah seorang menteri besar. Orang- orang yang membawa anak-anak kecil itu datangnya dari mana-mana saja, ada yang dari jauh, dan hampir semuanya tidak dikenali oleh Nik Aziz.
Mereka datang mengharapkan keberkatan. Mereka datang, dan selepas mendapat layanan Tok Guru ke atas bayi mereka,mereka pun balik. Tinggallah Tok Guru masih meneruskan khidmat nya kepada mereka yang terus menghulurkan bayi ke pangkuannya. Daripada suasana subuh yang suram, hingga cahaya pagi sudah cerah dan matahari mulai melepaskan panasnya.
Orang ramai sudah pulang, tetapi Nik Aziz masih lagi melayani orang yang menghulurkan bayi kepadanya. Kata mereka, biar berapa ramai pun orang yang menghulurkan bayi kepadanya, Nik Aziz tidak akan menolak, kerana dia tak mahu menghampakan harapan orang yang telah
bersusah payah dating dari jauh.
Pernah sekali itu dia sudahpun bangun dan melangkah hendak meninggalkan masjid, tetapi tiba-tiba ada lagi orang yang baru tiba dan membawa bayi kepadanya. Dia pun melayani juga.
Dan saya pun terfikir: siapakah lagi seorang pemimpin negeri, atau pemimpin negara, yang sanggup melayani rakyat seperti ini - seperti Tok Guru Nik Aziz ini?
Barangkali ada orang akan membuat tohmah: Nik Aziz sanggup melayani rakyat seperti itu, hingga akibatnya dia gagal menjalankan tugas membangun ekonomi negerinya. Insya-Allah saya akan menjawab tohmahan itu dalam kesempatan yang lain.
 
:: ANUGERAH ANDA
09.22.04 (6:42 pm)   [edit]
INILAH ANUGERAH BAKAL ANDA TERIMA DI AKHIRAT... MOGA-MOGA BERSEDIA DAN BERWASPADA..

1. Meninggalkan sembahyang Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-ringankan syariat Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah Duri- duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia Kemurkaan Allah bersama mu
8. Menyakiti hati orang dengan lisan Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah Angkatlah seberkas kayu dari neraka|
10.Bersangka buruk Amalan baik diambil orang"

P/S: berusahalah mencari ilmu, amalkan dan dakwahkan ilmu tadi. moga diri kita tidak tergolong dari golongan tadi..
 
:: PUISI SANG MUSAFIR
09.17.04 (10:05 am)   [edit]

Merenung di kejauhan
mencari erti sebuah kehidupan
lalu sedarlah hakikat kejadian
kita ini musafir kehidupan

Hidup ini ibarat perjalanan
ke destinasi akhir pencarian
kita bermusafir mencari tujuan
di daerah ciptaan Tuhan

Masih jauh destinasi tujuan
dunia fana sekadar persinggahan
kehidupan akhirat jadi wawasan
kerana impian kita keredhaan Tuhan

namun
adat musafir penuh ranjau dugaan
adakala langkahnya dalam kegelapan
terjatuh tertewas dengan bisikan syaitan
tersasar sesat dalam perjalanan

namun bila nurNya datang bercahaya
menyuluh landasan musafir ke destinasinya
maka istiqamahlah menuruti arahnya
dalam mencari cinta Maha Pencipta

Ingatlah wahai insan
kita semua musafir dalam kehidupan
bertaqwa dan beramal dengan keikhlasan
menuju ke arah jalan keredhaan Tuhan

musafirlah
dengan tabah dalam kehidupan berpedoman
Kitabullah AlQuran
berpandukan sunnah
Muhammad Rasul junjungan
agar kita tidak tersalah pilihan

Ingatlah ingatlah hakikat kita
kita hanya insan lemah ciptaanNya
berusaha dan bertawakkal pada Yang Esa
kerana Dia lebih tahu segalanya


_________________________ __________



 

 
:: Sifat Kasih Rasulullah s.a.w.
09.13.04 (9:53 pm)   [edit]

Dalam suatu khutbahnya Rasulullah s.a.w. telah menyeru supaya manusia berbuat baik antara satu sama lain terutama terhadap anak-anak yatim, janda-janda juga terhadap binatang.

Pada suatu hari ketika baginda berjalan pulang ke rumahnya, lalu dilihat seekor kucing sedang tidur dengan anak-anaknya di atas jubah yang hendak dipakainya. Sikap baginda yang cintakan binatang membuatkan baginda menggunting bahagian jubah yang selebihnya untuk di pakai. Dengan itu kucing-kucing tersebut tidak terganggu.

Suatu ketika yang lain pula sedang baginda berjalan-jalan di suatu lorong di bandar, tiba-tiba baginda terpandang seekor unta sedang berlari dengan lajunya. Orang ramai bertempiaran lari untuk mengelakkan diri dari dilanggar unta itu. Tetapi anehnya bila unta itu sampai kepada Rasulullah ia menjadi jinak, lalu ia dipeluk oleh baginda. Sejurus kemudian tuan unta itu datang dengan dengan tercungap-cungap sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

Rasulullah tahu apa yang menyebabkan unta itu lari dari tuannya. Baginda berkata: "Kenapa engkau tidak memberikan makanan yang cukup untuk unta ini? Ia mengadu lapar kepadaku. Kalau engkau dapat menjaganya dengan baik ia tidak akan lari." Orang itu sangat terkejut mendengar kata-kata Rasulullah, dia tidak menyangka bahawa unta itu boleh mengadu kepada Rasulullah dan baginda memahami bahasa binatang itu. Lantas ia mengaku kesalahannya itu.

Sejak itu ia sedar bahawa unta itu bukanlah semata-mata sebagai hambanya sahaja bahkan harus dijaga dengan baik dan sempurna


p/s: Kasihnya Rasulullah patut diteladani.. Bagaimana kasih dapat ditimbulkan, jika hati masih menjauhkan diri dari-NYA..

 
:: Khalifah Gila?
09.13.04 (9:49 pm)   [edit]

"Memang betul, Khalifah Umar bin Khaththab telah berubah ingatan. Banyak yang melihatnya dengan mata kepala sendiri. Barangkali kerana Umar di masa mudanya sarat dengan dosa, seperti merompak, mabuk-mabuk, malah suka mengamuk tanpa berperi kemanusiaan, sampai orang tidak bersalah banyak yang menjadi korban. Itulah yang mungkin telah menyiksa batinnya sehingga ia ditimpa penyakit jiwa.

Dulu Umar sering menangis sendirian sesudah selesai menunaikan sholat. Dan tiba-tiba ia tertawa terbahak-bahak, juga sendirian. Tidak ada orang lain yang membuatnya tertawa. Bukankah hal itu merupakan isyarat yang jelas bahawa Umar bin Kaththab sudah gila?

Abdurrahman bin Auf, sebagai salah seorang sahabat Umar yang paling akrab, merasa tersinggung dan sangat murung mendengar tuduhan itu. Apalagi, hampir semua rakyat Madinah telah sepakat menganggap Umar betul-betul tidak siuman. Dan, sudah tentu, orang tidak siuman tidak layak lagi memimpin umat atau negara.

Yang lebih mengejutkan rakyat, pada waktu melakukan sholat Jumaat yang lalu, ketika sedang berada di mimbar untuk membacakan khutbahnya, sekonyong-konyong Umar berseru, "Hai sariah, hai tenteraku. Bukit itu, bukit itu, bukit itu!" Jemaah pun hingar-bingar. Sebab ucapan tersebut sama sekali tidak ada kaitannya dengan isi khutbah yang disampaikan. "Wah, khalifah kita benar-benar sudah gila," kata rakyat Madinah yang menjadi makmum sholat Jumat hari itu.

Tetapi Abdurrahman tidak mahu bertindak tergesa-gesa, ia harus memastikan apa sebabnya Umar berbuat begitu. Maka didatanginya Umar, dan ditanyainya, "Wahai Amirul Mukminin. Mengapa engkau berseru-seru semasa engkau berkhutbah seraya pandangan engkau menatap kejauhan?" Umar dengan tenang menjelaskan, "Begini, sahabatku. Beberapa pekan yang lewat aku mengirimkan Suriah, pasukan tentara yang tidak ku pimpin langsung, untuk membasmi kaum pengacau. Tatkala aku sedang berkhutbah, ku lihat pasukan itu dikepung musuh dari segala penjuru. Ku lihat pula satu-satunya benteng untuk mempertahankan diri adalah sebuah bukit di belakang mereka. Maka aku berseru: bukit itu, bukit itu, bukit itu!"

Setengah tidak percaya, Abdurrahman mengerutkan kening. "Lalu, mengapa engkau dulu sering menangis dan tertawa sendirian selesai melaksanakan sholat fardhu?" tanya Abdurrahman pula. Umar menjawab, "Aku menangis kalau teringat kebiadabanku sebelum Islam. Aku pernah menguburkan anak perempuanku hidup-hidup. Dan aku tertawa jika teringat akan kebodohanku. Ku buat patung dari tepung gandum (setengah riwayat mengatakan dari buah tamar) dan ku sembah-sembah seperti Tuhan, bila ku lapar ku makan 'Tuhan' ku itu".

Abdurrahman lantas mengundurkan diri dari hadapan Khalifah Umar. Ia belum boleh menilai, sejauh mana kebenaran ucapan Umar tadi. Ataukah hal itu justru lebih membuktikan ketidakwarasannya sehingga jawabannya pun kacau balau? Masakan ia dapat melihat pasukannya yang terpisah amat jauh dari masjid tempatnya berkhutbah?

Akhirnya, bukti itupun datang tanpa dimintanya. Iaitu manakala sariah yang kirimkan Umar tersebut telah kembali ke Madinah. Wajah mereka berbinar-binar meskipun nyata sekali tanda-tanda kelelahan dan bekas-bekas luka yang dideritai mereka. Mereka datang membawa kemenangan.

Komander pasukan itu, pada hari berikutnya, bercerita kepada masyarakat Madinah tentang dasyatnya peperangan yang dialami mereka. "Kami dikepung oleh tentara musuh, tanpa harapan akan dapat meloloskan diri dengan selamat. Lawan secara beringas menghentam kami dari berbagai penjuru. Kami sudah luluh lantak. Kekuatan kami nyaris terkuras habis. Sampai tibalah saat sholat Jumat yang seharusnya kami kerjakan. Persis kala itu, kami mendengar sebuah seruan ghaib yang tajam dan tegas: "Bukit itu, bukit itu, bukit itu!" Tiga kali seruan tersebut diulang-diulang sehingga kami tahu maksudnya. Serta-merta kami pun mundur ke lereng bukit. Dan kami jadikan bukit itu sebagai pelindung di bahagian belakang. Dengan demikian kami dapat menghadapi serangn tentara lawan dari satu arah, yakni dari depan. Itulah awal kejayaan kami."

Abdurrahman mengangguk-anggukkan kepala dengan takjub. Begitu pula masyarakat yang tadinya menuduh Umar telah berubah ingatan. Abdurrahman kemudian berkata, "Biarlah Umar dengan kelakuannya yang terkadang menyalahi adat. Sebab ia dapat melihat sesuatu yang pancaindera kita tidak mampu melihatnya"" 
 


p/s: pengajaran dari sirah sahabat. Sejarah mengajar kedewasaan dan juga kematangan dalam bertindak.. Teruskan membaca sejarah Rasulullah dan Sahabat..

 
:: Apa masalah umat hari ini? (bahagian 2)
09.13.04 (9:44 pm)   [edit]

Dimanakah ulama’ dan pemimpin masyarakat?

Mungkin timbul soalan - selama ini, apakah usaha para ulama’ dan pemimpin masyarakat untuk menghadapi cabaran di depan mata mereka? Di kalangan mereka, umumnya terdapat dua golongan, iaitu:

1. Golongan yang menentang habis-habisan semua bentuk kemajuan baru dan anti dunia, tanpa mencari sebab mengapa pemimpin yang mengaku Islam itu berminat dan cenderung terhadap mulhid. Golongan ini tidak berhubung dengan pemimpin yang mengaku Islam itu dan tidak memperbaiki aqidah batilnya .

2. Golongan yang berganding bahu dan berkerjasama dengan pemimpin yang mengaku Islam demi mendapatkan keuntungan duniawi. Mereka tidak langsung memberi perhatian untuk membetulkan aqidah pemimpin itu. Golongan ini tidak mempunyai sebarang risalah yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Mereka tiada ‘izzah (kebanggaan) yang hendak ditonjolkan. Mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah untuk memperbaiki dan membentuk semula ummah Islamiah.

Apakah yang perlu dilakukan?

Berasaskan realiti di atas, adalah penting lagi mendesak sekarang ini untuk berusaha mengembalikan muslim kepada aqidah yang sahih.Kejayaan bagi usaha-usaha ini hanya akan dapat dicapai dengan penyelidikan mendalam, kebijaksanaan dan ketabahan. Adalah tidak wajar usaha-usaha itu dilakukan dengan tergesa-gesa, penuh dendam dan kemarahan.

Islam hari ini memerlukan pejuang-pejuang dan pekerja-pekerja. Pejuang-pejuang yang benar-benar beriman, yang sentiasa bersedia untuk berkorban dengan sepenuh tenaga, harta dan jiwa. Pejuang-pejuang Islam bersedia menggunakan segala kemampuan yang dimiliki untuk mencapai matlamat yang besar.

Oleh itu satu penyusunan yang sempurna, kuat dan kukuh diperlukan. Penyusunan yang berdaya dan berkemampuan untuk mengabdikan pemuda dan pemudi yang berpendidikan kepada Islam dalam erti kata yang luas. Penyusunan yang membebaskan mereka daripada belenggu rantai yang sekian lama telah mencengkam.

Sejarah akan berulang

Kini, tidak ada ibadah yang lebih utama melainkan usaha membebaskan masyarakat daripada kekeliruan dan perhambaan yang telah berakar umbi dalam jiwa. Segala ciri kekufuran dan jahiliyyah yang begitu lama ditanam dalam pemikiran dan jiwa harus dibersihkan agar yang haq dapat bertapak dengan mudah.

Untuk matlamat ini Islam memerlukan du’at (penda’wah-penda’wah) yang bertaqwa di segenap penjuru dunia Islam. Du’at yang tidak mungkin akan meninggalkan perjuangan mereka hingga ke akhir hayat.

Sejarah telah membuktikan bahawa para pejuang dan du’at yang seperti inilah sahaja yang dapat berkhidmat untuk Islam di sepanjang hayat mereka demi mengembalikan Islam ke tempat yang adil. Sejarah sentiasa berulang dan akan berulang lagi. Sejarah akan menyaksikan bahawa kesungguhan, kebijaksanaan, kegigihan dan ketekunan melaksanakan da’wah dimiliki oleh mereka yang faham dan menerima hakikat kebenaran serta kekuatan Islam.

Allah SWT menciptakan manusia yang berwibawa

Allah SWT adalah Pengatur, Pencipta dan Pemilik alam ini. Allah SWT mempunyai kerajaan yang besar dan bahagian-bahagian kerajaan-Nya yang tiada batasan. Dia telah mencipta manusia di satu bahagian alam yang disebut ‘bumi’. Makhluk manusia ciptaan-Nya dilengkapi dengan kemampuan berfikir. Diberikan-Nya ilham untuk membezakan antara yang baik dan yang batil. Diberikan-Nya berbagai-bagai kebebasan dalam mencapai kehendak dan kemahuan seizin-Nya. Diberikan-Nya kekuasaan untuk mengulangi urusan menurut kesukaannya seizin-Nya. Diberikan-Nya kedudukan sebagai khalifah di bumi.

Manusia tidak boleh lari daripada tugas yang Allah taklifkan

Sewaktu Allah SWT memberikan kedudukan yang penting kepada manusia di bumi, telah ditanzilkan-Nya ke dalam lubuk hati manusia pengertian-pengertian berikut:

1. Bahawa Aku (Allah) Rabbmu dan Rabb seluruh alam ini. Aku Penciptamu dan Pencipta alam ini. Aku Pengaturmu dan Pengatur alam ini. Di dalam kerajaan-Ku ini janganlah kamu lepas bebas dan bertindak sesuka hatimu. Janganlah kamu menjadi hamba kepada yang lain selain daripada Aku. Aku berikan kepadamu bermacam-macam kebebasan di dunia ini hanya untuk suatu waktu tertentu sahaja. Setelah waktu itu berakhir kamu akan kembali kepada-Ku dan Aku akan periksa setiap apa yang telah kamu lakukan. Aku akan berikan keputusan siapa berjaya dan siapa gagal. Ingatlah, sebaik-baik jalan yang kamu perlu lalui di dunia ialah jalan di mana kamu mengambil Aku sebagai Rabb-mu Yang Tunggal. Jalan di mana kamu hidup menurut pertunjuk-Ku. Jalan di mana kamu benar-benar sedar bahawa dunia adalah medan ujian dan matlamatmu yang hakiki ialah kemenangan di akhirat.

2. Bahawa jalan-jalan lain, selain daripada jalan-Ku, adalah sia-sia dan sesat. Apabila kamu mahu menempuh jalan-Ku ini, kelak kamu bukan sahaja akan menikmati kesenangan duniawi bahkan Aku akan berikan ganjaran di waktu kamu kembali kepada-Ku, iaitu suatu tempat bernama syurga. Di situ kamu akan menikmati kesenangan abadi dan kepuasan berpanjangan tanpa susah payah atau sukar. Sebaliknya jika kamu mahu menempuh jalan lain, selain jalan-Ku, maka kelak kamu bukan sahaja akan merasakan keluh kesah dan menderita dengan bala bencana serta kerosakan di bumi, seperti yang berlaku di hari ini, bahkan di waktu kamu telah menyeberang daripada alam dunia ke alam akhirat, kamu akan memasuki jurang neraka dan merasa azab siksa abadi. Di situ kamu akan menderita berpanjangan dan berduka nestapa tidak berpenghujung dan tidak berakhir.


p/s: Islam akan kembali tegak... Berdoalah, moga kita salah seorang dari pejuangnya. Moga Allah meredhai perjuangan ini. Perjuangan yang hakiki..

 
:: Apa masalah umat hari ini? (bahagian 1)
09.13.04 (9:40 pm)   [edit]
Masalah terbesar
Masalah yang dihadapi umat Islam kini bukan sekadar keruntuhan akhlak, kelalaian melaksanakan ibadah khususiyyah, meringan-ringankan pelaksanaan upacara agama atau meniru-niru nilai-nilai asing. Namun masalah terbesar dan utama ialah samada manusia beriman atau tidak kepada Allah dan prinsip-prinsip keimanan yang lain. Permasalahan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat terus hidup atau ditinggalkan usang tanpa dipelihara.

Islam dan umatnya diserang

Al-Islam adalah risalah daripada Allah SWT. Kini Islam bertembung dengan nilai barat dan timur yang bercirikan jahiliyyah. Keangkuhan fahaman mulhid (athiest) pula telah berdiri di pihak penentang syari’at Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Jiwa dan pemikiran umat Islam sepanjang abad lalu menjadi mangsa buruan pihak musuh. Musuh telah memainkan peranan penting meruntuhkan nilai-nilai Islam dan mengetengahkan nilai-nilai batil dengan berbagai-bagai cara. Selama ini umat Islam hanya menjadi penonton menyaksikan keruntuhan itu. Umat Islam tidak mempedulikan segala fitnah yang dijalankan oleh musuh.

Masa umat yang terbuang

Umat Islam tidak berusaha untuk memahami cara musuh mengambil peluang dan menjalankan usaha memesongkan pemikiran mereka. Umat Islam tidak menyelidiki dan meneliti falsafah barat, falsafah timur dan cara hidup mereka secara kritikal. Masa umat Islam telah terbuang selama beberapa abad membicarakan perkara remeh temeh. Persoalan aqidah yang terancam dilupakan hingga lahir satu generasi yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang begitu tipis terhadap Islam sebenar.

Anggapan yang salah

Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politik dan yang berkaitan dengannya semata-mata. Hal ini terjadi kerana meluasnya anggapan bahawa keimanan umat telah kukuh dan teguh. Juga luasnya anggapan bahawa kepimpinan dan pemerintahan sudah berada di tangan orang Islam yang dikatakan bertanggungjawab untuk membangunkan ummah.

Hakikat sebenarnya

Hakikat sebenarnya adalah berbeza daripada anggapan-anggapan tadi. Umat yang dikatakan teguh dengan keimanan itu sedang mengalami keruntuhan moral dan rohani yang tenat. Umumnya, mereka yang dikatakan berpendidikan dan berpengaruh telah terpesong imannya dan dipengaruhi serta diresapi oleh nilai-nilai jahiliyyah, meskipun mereka mendakwa beriman dan berada dalam Islam. Mereka menjadi penentang aqidah Islam dengan membuat kenyataan bahawa nilai-nilai Barat mesti digunakan untuk membentuk masyarakat. Jika tidak berbuat demikian, kehidupan masa depan masyarakat dikatakan tidak akan terjamin.

Berasaskan semangat ini mereka memproses dan mengembangkan cara hidup jahiliyyah di hadapan umat Islam. Mereka menjerumuskan umat ke lembah mulhid, cintakan dunia serta takutkan mati. Ada di kalangan mereka yang melakukan proses ini secara agresif dan ada juga yang melakukannya secara beransur-ansur. Namun matlamat mereka tetap satu.

 
:: DIAM!
09.13.04 (3:50 am)   [edit]

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM



1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam makan ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,
YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI
.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diama kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat..." Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu :-) ...kerna senyum itu adalah satu sedekah


 


p/s: jom diam, tak payah bising-bising.. apatah lagi ngumpat.. syyyyy...




 
:: setiap detik, setiap ketika..
09.13.04 (3:43 am)   [edit]

Every second
8,000,000 cells die in your body
8,000,000 new cells are created instead of the ones that are dead

Every second
Each cell forms approximately 2000 proteins
More than 2.5 millions red blood cells are produces in your body

Every second
Your heart pumps 83 ccm of blood
The blood in the aorta vein is carried 33cm away

Every second
5000 nerve cells are produced in an embryo in the mother’s stomach
10,000 signals are transmitted from a single nerve fiber

Every second
4 babies are born
2 people die

Every second
The light that starts its way from the moon, reaches your eyes
The world covers 300,000 km distance in the space

Every second
16,000,000 tons of water evaporate and rise up to the sky,
16,000,000 tons of rains falls down

Every second
616,000,000 tons of hydrogen is transformed to 612,000,000 tons of helium
100 lightning flash strike the world

in whatever business thou mayest be,and whatever portion thou mayest be reciting from the Quran,-and whatever deed ye (mankind) may be doing,-
We are Witnesses thereof when ye are deeply engrossed therein.Nor is hidden from thy Lord (so much as) the weight of an atom on the earth or in heaven. And not the smallest and not the greatest of these things but are recorded in a clear Record
 "        & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   


    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;     & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;    (Surah 10:Jonah, 61)


source: www.harunyahya.com


p/s: subhanallah.. cantiknya kurniaan NYa...

 
:: ujilah diri anda
09.13.04 (3:37 am)   [edit]

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti..pilihan Anda menunjukkan keperibadian Anda...


Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya

Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah..dengan berhati-hati....







a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya


 



P/s: anda percaya ke? tak ada la. tipu jer.....hehehehheh......hehehee... tipah tertipu ..
hehehee..

 
:: Rahsia wanita utk wanita...
09.13.04 (3:32 am)   [edit]

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk
hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanyamahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata."


p/s: tak ada apa yg best pun..

 
:: kecantikan lelaki
09.11.04 (11:30 pm)   [edit]

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang
cantik, adalah:-


1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
_________________
BeRcInTaLaH DgN PeLaJaRaN, BeRtUnAnGlAh DgN MeNgUlaNgKaJi, BeRkAhWiNlAh DgN PePeRiKsAaN DaN BeRBuLaN mAdUlAh Dgn KEJAYAAN!!


p/s: yeah.. aku seorg lelaki...

 
:: Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut
09.11.04 (10:48 am)   [edit]

 


"Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terjatuh di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Usman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". "


p/s: aduh.. tak tahan dah bila tak menulis jurnel. tapi janji mesti di kota...

 
::rahsia lelaki
09.09.04 (6:41 pm)   [edit]

MENGANGGUKKAN KEPALA
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

MENGGERAKKAN BADAN DAN TANGAN
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

MEMANDANG MATA
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

SENSITIF DENGAN JARAK
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

MENIRU GERAK
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

p/s: sekadar tambahan.. jgn terlalu percaya, jadikan ia sbg petunjuk sahaja.. Adakah ini rahsia lelaki? entah.. :)
 
kehancuran akhlak : salah siapa?
ibubapa
cikgu
kerajaan
diri sendiri
masyarakat
:: universiti awam paling best?
utm
um
upm
usm
ukm
uia
uitm
ums
unimas
lain-lain